Tahukah anda?

Apa yang anda tahu? Makan, tido, bermain.. hu3.. mari menguji dan menambah pengetahuan anda dengan apa yang ada.

  • “… bahawa daging ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika zaman pertengahan?”
  • “… bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?”
  • “… bahawa cerita dongeng Si Tanggang dan Malim Kundang sebenarnya adalah cerita yang sama?”
  • “… bahawa budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahum Baru?”
  • “… bahawa memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan?”
  • “… bahawa reka bentukMasjid Sultan Ahmed adalah kemuncak pembangunan dua abad Masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?”
  • “… bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula satu?”
  • “… bahawa petrol boleh “basi”, akibat mendakan gam dan varnis yang akan terbentuk dan menggumpal sekiranya tidak digunakan?”
  • “… bahawa kereta Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Misubishi Lancer?
  • “… bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?
  • “… bahawa Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air?
  • “… bahawa berus gigi yang keras boleh merosakkan enamel gigi?”
  • “… bahawa bandar  Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?”
  • “… bahawa  Diego Maradona menjaringkan gol tangan tuhan dan gol abad ini dalam perlawanan yang sama?”

Leave a comment