Gambar lawak

Korang sure pernah lihat gmbr2 lawak b4 ni. Bagaimana dengan gambar2 di bawah ni…. Have fun ya..

1. Adakah batman anak kepada superman? Believe it… terdapat bukti sahih

2. Nama jalan yang best… Cubalah korang fikir, klo pemandu teksi tanya nk g mana, then g tau nama jalan ni, sure kene marah..

3. Gambar sebenar spiderman telah dibongkari n terdapat kat kelantan.. tgk elok2…


4. Bush pernah belakon.. korang dh tgk kat wayang??

5. Adakah ini fesyen terkini or jenayah fesyen??


6. Towel paling laris skarang ni.. jgn cuba pakai klo xnk difitnah ye..

7. Kejadian benar, mat rempit kena sumpah… berjaga2 klo utk yg merempit

8. Kepada yang fanatik bermain CS (counter strike), tahukah anda wajah sebenar juara dunia CS selama 4 dekad lamanya…

calon isteri..

yo kawan2.. mari menguji kecekapan korang dlm memilih calon isteri.. ade 1 kes yg korang kene selesaikan. baca leklok n fikir2kan lah..

Ade sorang kawan ni, Zach (bukn nm sebenar), ade 3 orang awek n dia perlu pilih sorang je nk dijadikan isterinya. Susah untuk dia buat pilihan memandangkan ketiga2 nya ada kelebihan masing2. So, dia buat keputusan utk test dorang dengan menghulurkan rm5000 setiap sorang.

gambar hiasan (xde kaitan)

Di pendekkan cite, awek pertama, si A, dia pulunlah beli barang untuk mencantikkan diri. Dia perabih semua duit tu, beli baju, seluar, yang dalam2 sume ade wat rmbut ala2 fesyen terupdate skali, buang jerawat n macam2 lagi. Reason dia bila ditanya Zach, “i cantikkan diri i hanyalah untuk U, demi U, i luv U so much”.

Awek ke2 plak, si B, dia beli segala peralatan stereo, tv lcd n byk lagi brg2 elektrik n elektronik yang canggih, cun tip top n terkini. Reason dia bila ditanya Zach, “I beli sume ni utk U, I xnk seposen pon duit tu, tapi i nk tgk U happy selalu, I luv U so much”.

Awek ke3 plak, si c, lain plak caranya. Dia invest duit tu, then dia dapat lagi rm5000. Dia pulangkan duit Zach dan invest lagi. Reason dia,”I buat sume ni demi masa depan kita, becoz, I luv U so much”.

Ingtkan dengan cara test ni, leh la ringankan kepala Zach utk memilih calon yg terbaik. Tapi, makin pening kepala dibuatnya. Namun, Zach telah membuat satu pilihan. Agak2nya lah, yang mana satu pilihan dia, A , B or C?? Mari teka (just 1 n klo ade reason lebih baik). Kamon2……………

*hint: naluri lelaki

Sebab sayangkan isteri atau… ?

Untuk Isteriku tersayang.. semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hari dan perasaan Ayang.
Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, Cuma masanya
sahaja di rasakan kurang sesuai.Akan tetapi abang rasa inilah masa yang
paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku dihati selama
ini.Harapan abang semoga Ayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan
ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang.

1.Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa
menghadapi perangai Ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap
bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Ayang tanpa soal. Abang jaga
Ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang
abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah
bertapak sejak lama? Kini relakah Ayang melakukan pengorbanan yang agak
kecil terhadap abang?

2.Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan
mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun
2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga
seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan
menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi
Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi
dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3.Dalam tempoh tersebut Ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan
pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman. Jika
Ayang gagal melakukan perkara ini, Ayang mungkin rasa terabai jika tidak
dapat
berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Ayang
janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4.Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Ayang akan
diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Ayang dari bermula
dari
6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan
memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang
sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5.Jika Ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, Ayang
hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak
perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Ayang bercadang
untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut,
pastikan Ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Ayang
akan
demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa
Ayang ke klinik dan juga melayan Ayang selepas itu.

6.Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan
juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Ayang untuk membuat air
atau mengambil makanan ringan. Kasih sAyang abang akan bertambah kepada
Ayang
jika Ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang
semasa perlawanan berlangsung.

7.Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan
bersama abang tetapi Ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau
commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada massa ini
terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada
diambang
kekalahan.

8.Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa
kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut
mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9.Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan
ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan
kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10.Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk
menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Ayang perlu bersiap sedia
dengan kadar segera?

11.Selepas period abang ini abih..Ayang dilarang merungut : siib baik
world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan
tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian
League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12.Atas kerjasama dan timbang rasa Ayang ini, jika pasukan yang abang
sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut
emas..pandai-pandai la Ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika
sebaliknya? hendaklah Ayang turut berduka?.

13.Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.

Abang yang sentiasa menyayangi Ayang

10 Kelebihan Tak Ade Kekasih (utk gurl)

Akak, adeq, makcik, or sape2 yang terasa xde janggut misai tu.. jgn le pening2, klo xde pasangan yg dijumpai lagi.. Sbb, ade kelebihan yang korang kene tau.. ha3

1. Jimat masa

2. Dapat tido lena

3. Tak perlu riso kalu xde miskol

4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik

5. Boleh makan kt mana2 restoren

6. Takde lagi sms boring tgh malam

7. Bley cakap dgn mana2 lelaki

8 Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge

9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn

10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi

Tahukah anda?

Apa yang anda tahu? Makan, tido, bermain.. hu3.. mari menguji dan menambah pengetahuan anda dengan apa yang ada.

  • “… bahawa daging ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika zaman pertengahan?”
  • “… bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?”
  • “… bahawa cerita dongeng Si Tanggang dan Malim Kundang sebenarnya adalah cerita yang sama?”
  • “… bahawa budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahum Baru?”
  • “… bahawa memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan?”
  • “… bahawa reka bentukMasjid Sultan Ahmed adalah kemuncak pembangunan dua abad Masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?”
  • “… bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula satu?”
  • “… bahawa petrol boleh “basi”, akibat mendakan gam dan varnis yang akan terbentuk dan menggumpal sekiranya tidak digunakan?”
  • “… bahawa kereta Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Misubishi Lancer?
  • “… bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?
  • “… bahawa Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air?
  • “… bahawa berus gigi yang keras boleh merosakkan enamel gigi?”
  • “… bahawa bandar  Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?”
  • “… bahawa  Diego Maradona menjaringkan gol tangan tuhan dan gol abad ini dalam perlawanan yang sama?”

« Older entries