Paling berat?

Kepada mereka yang menonton, jangan takut jika anda digelar gemuk, topui, boyot, cubby or seangkatan dengannya.. kerana  masih ada orang yang lebih padat n melebey2 dari anda.

Tahukah anda, orang yang paling berat dalam dunia ialah Carol Yeger, seorang minah yang berasal dari USA. Beratnya melampaui 730kg , iaitu 1600lb (bayangkan berbelas2 orang cm aku = minah ni). Dalam sejarah hidupnya (menurut apa yang dia kata), dia mula menjadi kuat makan sejak dirinya menjadi mangsa seks (sex abuse) oleh keluarga member rapatnya. Sangat simpati ngn gurl ni. Lihat apa yang terjadi skrg, tiada sapa yang berminat nk wat mende jahat lagi, hu3. Gurl ni mati pada tahun 1994.

sedap jugak lagu menjaga hati ni”

Sementara, orang yang masih hidup dan paling berat ialah Manuel Uribe Garza. Mamat ni dilahirkan pada 11 Jun 1965 di Mexico. Setakat ini, beratnya mencecah 560kg (1235lb) dan merupakan ketiga terberat yang pernah direkodkan.

“Yoga baik utk kesihatan”

Mampukah Manuel memecah rekod yang sedia ada? Apakah yang perlu dimakan olehnya? 5 lori tin weight gain? Mungkin mustahil untuknya berbuat demikian, kerana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 419 kg (924 lb) dan dari tahun ke tahun, beratnya makin menyusut. Lihatlah bentuk badannya yang turun secara mendadak ini.

“Ringannya, rasa nak terbang”

Paling tua?

Orang paling tua (umur yang panjang) ialah Jeanne Calment dari Perancis. Nenek yang sangat2 tua ni, sempat menghirup udara selama 122 tahun, 164 hari dari tahun 1875-1997. Congrates kita ucapkan kepada nenek ni.. pandai dia jaga badan ye..

“Nenek masih cantikkan”

Sementara, orang paling tua yang masih hidup sampai sekarang ialah Edna Parker.  Nenek kita yang seorang ni plak berasal dari Morgan County, Indiana dan dilahirkan pada 20 April 1983. Adakah dia dapat memecah rekod? Berdoalah supaya nenek kita ni dapat makan kek ari jadinye nanti (tiada rekod pasal gigi diambil ,ha3). Menghitung hari….. la5..

“Penatnya lepas jogging”

Moh kite yob..

“Bahasa melambangkan bangsa”… Kat sini, terdapat pelbagai kamus bahasa perak. Korang leh blaja loghat ni supaya x lupus ditelan zaman.

~ A ~
Awok – Saya.
Ayor – Air.
Ate – habis tu
Aci Ligan – Main kejar-kejar
————————————————
~B~
Beghansor – Beredar/minta diri.
Besor – Besar.
Belabun – Berbual.
Bedaa’h – Tipu.
Bertegheban – Berselerak.
Bolen – Bogel.
Biut – Degil.
Bengken – Garang.
Bantah – Degil
Balun – Merotan
Bertitior – cth ayat : “apa heynya cawan bertitior ateh meja…”
Beghonyeh – Lembab atau becak sikit-sikit
Bulo/tak bulo – Tak teringin
Bonyeh – Lecah kat dapo
Beghegek – Bergaya sakan
Bang – azan
————————————————-
~C~
Cekoh – Sentuh/pegang.
Ce – Cuba
Cakcibor – Pepatung
Cupui – Hujung sesangat
————————————————-
~D~
Deme – Awak.
Dabe – ‘purse’.
Deghuih – Nakal
————————————————-
~G~
Gula (sebutan baku) – Gulai (bhs Parit)
Gulerrr – Gula(bhs Parit)
Genyi – Geli geleman teramat sangat.
Gelegor – Kekuda atap.
Gebor – Selimut.
Getek – Meluat
Gamaknya – Agaknya
————————————————-
~H~
Haram – Takde
Hancen peghin – Bau bekas air kencing.
Hampah – Kulikan

————————————————-
~I~
Ikan Beghocat – Ikan Haruan
Ingker – Seghonok/bangga bebenor
————————————————-
~J~
Jaki – Dengki teramat sangat.
Jenuh – Puas.
Jogheng – ‘Over acting’.
Jijak – pijak
Jelebor – Labi-labi
Jahama – Mukaddam
Jele pete (e – bunyi cam sebut ekor) – Penat teramat sangat
————————————————-
~K~
Kome – Kau orang.
Kume – Kami.
Kudap- Kuih.
Kayo – Pegi bilik ayor.
Kanje – Terkena/terkantoi/gagal atau malu alah
Kokak – Gigit
Keghokeh – Selongkar
Ketior – Buah Kerdas
Kijak/Kacak – Pijak
————————————————-
~L~
Lebor – Lebar.
Labang – Pekak.
Limbah – Air longkang yg bertakung.
Leho – zohor
Langsuyor – Budak comer
Lengai – Cuai
Libang Libu – Hati Runsing
Lengkong – Agar-agar
————————————————-
~M~
Menyeghongen – Senyum sampai ke telinga.
Menyongket – Merayau.
Membesio – Buang ayor kecik.
Meghebeh – Buang ayor besor.
Mentekedaghah – Makan (bhs kasor sikit).
Megholoh – Tido
Menyegholang – Warna yg terang.
Meraban teben – Tak tentu hala.
Melantong – Bau busuk sesangat.
Mengelewor – Mundar-mandir
Mengopek – Menyusu
Mengobak – Menangis sabil melalak
Mengecek – Menipu
Melantak – Makan
Mengeletor – Ketar
Mengeligih – Mengigil
Melengeh – rimas/melengas
Mete – Buat dek (buat tak tau)
Moncah – Banyak
—————————————————
~N~
Ngelenyor – Gatal/miang.
Nohen – Buat tak tau.
Ngancuk wok -Bahasa makian yg tak brp kasar.
Ngomben – Bergerak.
Ngamput – Bahasa makian yg tak brp kasar.
Nyadin – Buat tak tau.
Ngocah – Usik.
Ngempor – Kengkang
Ngelejat – tak tau dok diam (rasanya le tlg betulkan kalu salah)
—————————————————-
~O~
Opah – Nenek
Onyang – Moyang
—————————————————-
~P~
Pepak – Selerak.
Penggey – Baling
Pelupuh – Pukul
Pungkang – Baling
Perangat – Panaskan makanan
Porang Peghalong – Porak Peranda
—————————————————-
~R~
Redat – Bertambah parah.
Roti – Biskut
Roti Paun – Roti (Gardiner/high5 or lain2 le)
—————————————————-
~S~
Seloghor – Melawak.
Sembey – Pasir.
Sohhh – Senyap.
Segan – Malas
Sangei – Tudung Saji
Siare –
—————————————————-
~T~
Tumpo – Kalah.
Toben – Dewasa.
Tengin – Bodo.
Tuang – Ponteng.
Tembok – Jln raya.
Tembi – Menyiku.
Tak sior – Tak nak.
Teget – Tuju.
Terojeh – Sepak dgn kaki.
Tak ngomben – Tak berganjak.
Teghoyak – Menangis
Tabuh – pukul
Teghojon – terjun
Tenahak – Tergamak
Terjelat – Letih sampai terbaring
Tegheban – Melemparkan.
Tekolap – Terkehel
—————————————————–
~U~
Unte-unte – Sikit-sikit
—————————————————–
~Y~
Yangat – Air minuman panas,contoh kopi,teh dll…

Newer entries »